Tuesday, June 26, 2012
PeRmULaaN PeRJaLaNaN HiDuP BaRu....
Pada 18.5.2012..... jam 2130.... Maka aku telah bergelar suami kepada Norizzah.. Dengan ijab qabulnya malam itu bermula rentetan perjalanan hidup baru sebagai ketua keluarga... kini setelah sebulan lebih bergelar suami... kebahagiaan semakin bertambah apabila aku mendapat berita kehamilan pertama isteriku. berita inilah yang sangat dinantikan kami berdua. Alhamdulillah kami diberikan rezeki yang sebegitu pantas, sama seperti perkenalan ku dengan isteri yang mana hanya memakan masa selama tidak sampai satu hari. Aku terus melamarnya untuk menjadi teman hidupku. Walaupun risiko yang aku ambil amatlah besar kerana sebelum ini aku tidak pernah mengenalinya. Tapi dengan keyakinan kepada Allah S.W.T. aku yakin dialah yang layak menjadi teman hidupku. Alhamdulillah, syukur kepada-Nya kerana sepanjang perkahwinan bersama dengannya tiada salah faham yang timbul. aku berharap dengan wujudnya ukhwah ini dapat mengeratkan lagi hubungan kami untuk mengenali antara satu sama lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment